KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak kini sedang membiasakan diri dengan
rutin baru di Penjara Kajang.
Perkara itu dijelaskan oleh anak perempuannya, Nooryana Najwa menerusi akaun
Instagramnya semalam.
Dalam hantarannya itu, dia memberitahu, Najib dapat bertemu dengan barisan
peguamnya di penjara.
“Salam semua, saya pasti ramai yang menanti perkembangan terkini keadaan
Bossku.
“Hari ini, wakil dari barisan peguam dapat bertemu dengan Daddy di Penjara
Kajang. Alhamdulillah, daddy dalam keadaan sihat dan semangat perjuangan daddy
masih kuat.
“Keperluan asas daddy juga telah diberikan dan daddy sedang membiasakan diri
dengan rutin baru – berbeza dengan jadual harian Bossku yang sentiasa padat,”
tulis beliau menerusi akaun yananajib.
Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan
denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes dana syarikat SRC International Sdn.
Bhd. berjumlah RM42 juta.
Bagaimanapun, pagi ini Najib menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana
1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion di hadapan Hakim
Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Selain hari ini, Najib sekali lagi akan dibawa dari penjara ke Mahkamah Tinggi
esok bagi menghadiri perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB bagi
mengelakkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang.
Turut didakwa bersubahat dengan Najib bagi pertuduhan itu ialah bekas Ketua
Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Arul Kanda Kandasamy.
Menurut hantaran Nooryana lagi, dia dan keluarga dapat bertemu dengan ayahnya
di mahkamah pagi ini untuk perbicaraan 1MDB.
“Yana rasa ini kali pertama kami menanti kehadiran daddy di mahkamah kerana
saya dan keluarga dapat meninjau keadaan daddy walaupun dari jauh.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kes Najib mencerminkan kegagalan institusi kita – Zaid Ibrahim
- [Video] Najib tiba di mahkamah bagi kes 1MDB
- Daddy sedang biasakan diri dengan rutin baru – Yana
- Terlalu banyak kebaikan Najib untuk saya ceritakan – Fizo
- Walaupun kalah di mahkamah tapi menang di hati, jasa Najib tidak dilupakan, hantaran terakhir FB Najib terima lebih 232,000 reaksi
- ‘Bossku’ kekal di Penjara Kajang, kata pegawai khas
- Alhamdulillah Najib sihat, kata Rosmah
Join our Telegram Channel