Kenapa kes Zahid sahaja?



KUALA LUMPUR – Peguam Negara (AG) perlu memberi penjelasan mengapa Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob menghantar surat kepada Datuk Collin Lawrence Sequerah meminta Hakim Mahkamah Tinggi itu mengutamakan kes melibatkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ramai bertanya kepada surat itu terpakai kepada Ahmad Zahid sahaja.

“Bagaimana dengan kes terowong?,” soalnya yang mengulas mengenai tular surat daripada Abdul Malik yang meminta mahkamah memberi keutamaan kepada kes Ahmad Zahid berbanding kes 1MDB membabitkan Datuk Seri Najib Razak.


Bagaimanapun surat berkenaan telah ditarik balik.

Abdul Malik berkata, dengan penarikan balik surat itu dan tiada permohonan sedemikian di mahkamah maka perkara tersebut dianggap selesai.

Collin kemudian menegaskan, tidak ada sesiapa yang mampu mengarahkan mahkamah untuk memberi keutamaan terhadap kes tertentu.

Katanya, perbicaraan yang membabitkan Ahmad Zahid akan diteruskan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. – MG



Join our Telegram Channel
Telegram