Campur Tangan Pejabat Peguam Negara dalam Sistem Kehakiman
Perkara yang sudah dijangka, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya terbuka
juga niat dan muslihat Badan Esekutif Kerajaan untuk mencampuri sistem
kehakiman Negara.
Badan Esekutif yang selalu mewakili Kerajaan dalam bidang pendakwaan hari ini
mungkin punyai muslihat Politik dalam mencampuri urusan kehakiman.
Ketuanya dilantik oleh Ts Muhyddin, yang mana partinya akan berperang dengan
BN di dalam pilihanraya tidak lama lagi.
UMNO terlalu baik melihat perkara ini dibiarkan begitu sahaja, kalau ini
terjadi kepada PH, sudah pastinya himpunan jalanan akan dibuat. Sudah pastinya
juga bar council akan memanggil lawyer-lawyer mereka berhimpun
kononya mahu mengkritik sistem keadilan Negara!
Saya nak bertanya kepada Pejabat Peguam Negara, apakah niat sebenar yang mahu
dizahirkan untuk mempercepatkan kes Datuk Seri Zahid Hamidi?
Kenapa ianya tidak dilakukan sama seperti kes-kes yang mempunyai kepentingan
awam yang lain, ada Kes Terowong, Kes Rasuah Syed Sadiq dan kes-kes yang lain.
Rakyat semua sedar bahawa pilihanraya sudah hampir, apakah muslihat yang
sebenar kes ini hendak dipercepatkan?
Adakah kemungkinan ianya ada kaitan dengan Pilihanraya yang akan berlangsung
tidak lama lagi?
Kita sudah melalui zaman gelap semasa PH memerintah apabila semua badan
Esekutif Kerajaan dipergunakan sebagai alat politik, alat kerajaan untuk
menzalimi musuh politik PH?
Kenapa perlu ada lagi campur tangan badan esekutif ini terhadap sistem
kehakiman Negara?
ARTIKEL BERKAITAN:
- Apakah dokumen ini benar dan asli? – Asyraf Wajdi
- Selepas Najib, draf pengkhakiman Rosmah pula tular
- Tular surat AGC mahu percepat kes Zahid
- AG mesti letak jawatan, desak Puad berkait surat percepat kes Zahid
- Setelah tular, DPP tarik balik surat mohon hakim utamakan kes Zahid
- Tuntut penjelasan AG campur tangan mahkamah – Asyraf
- Surat bersifat ‘hina mahkamah’, Zaid gesa ketua hakim negara ambil tindakan atas AG
- Kenapa kes Zahid sahaja?
Join our Telegram Channel