“Mesti ramai like daripada unlike” – Baby Shima yakin MV bersama Aliff Syukri bakal disukai ramai



Sejak minggu lalu, isu berkenaan klip video Baby Sayang yang bakal dilancarkan oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menyorot perhatian netizen.

Ramai yang mengkritik cara pemasaran Aliff memandangkan perkongsian beberapa rakaman belakang tabir klip video berkenaan memaparkan adegan-adegan yang kurang sesuai untuk ditonton.

Antara aksi-aksi yang dikritik netizen termasuklah tarian ghairah oleh Baby Shima iaitu penyanyi duet yang dijemput oleh Aliff untuk berkolaborasi dalam single berkenaan, aksi tarian bintang TikTok Ratu, dan juga aksi Kak Long 7E yang ‘dikudakan’.

Selain itu, Aliff Syukri turut mencetuskan tanda tanya apabila bertindak memadamkan kesemua hantaran di Instagram dan menyatakan yang dia mengalami masalah kesihatan mental beberapa hari sebelum klip video berkenaan dilancarkan.


Meninjau akaun Instagram milik Baby Shima pula, penyanyi itu dilihat turut berkongsi sedutan rakaman belakang tabir baharu bagi lagu berkenaan.

Menerusi kapsyen, Baby Shima menulis: “Lagu dan MV paling best untuk tahun 2022. Shima yakin esok mesti ramai like daripada unlike. Nantikan esok MV Baby Sayang jam 12 tengahari di Youtube TV Terlajaklaris,” tulisnya.

Sungguhpun ada yang mengkritik lagu berkenaan dan beberapa gimik pemasaran Aliff Syukri, namun ada pengikut-pengikut Baby Shima berkongsi keterujaan menantikan lagu tersebut.

Terdahulu, sebelum isu klip video bersama Aliff Syukri, nama Baby Shima kerap disebut netizen memandangkan kandungan-kandungan luar kotak yang sering dimuat naik di Instagram miliknya. – Gempak



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram