USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri yang sebelum ini mengumumkan tidak lagi aktif di media sosial nampaknya seperti cakap tidak serupa bikin.
Mana tidaknya, Aliff kembali memuat naik sebuah video teaser selepas empat hari memadam semua hantaran di Instagram dengan tujuan untuk mempromosikan lagu terbaharunya, Baby Sayang.
Dalam video tersebut, kelihatan Aliff sedang menari dengan sebatang kayu mop dipercayai sebagai menyindir ekoran dia menerima kecaman bergelek dengan Baby Shima sebelum ini.
"Kalau macam ini okay tak? Nantikan esok (Rabu) 12 tengah hari untuk video penuh," kongsi Aliff di Instagram.
Sementara itu, beberapa jam sebelum itu, Aliff menerusi Instagram Story turut memberitahu ingin menjual akaun Instagramnya dengan harga RM500,000.
Tentu sahaja tindakan terbaharu itu mengundang kritikan netizen yang rata-rata sudah menjangkakan Aliff hanya berdrama ketika mengumumkan pengunduran diri serta meminta maaf sambil menangis teresak-esak.
Namun ada juga meluahkan rasa simpati kerana merasakan usahawan itu bermasalah dan perlukan bantuan.
"Sembang la nak padam semua sosial media ni semua, hendak perhatian je. Korang tidak perlu la like atau komen selepas ini.
"Bukan hari itu nak tutup semua akaun ke?
"Ubat ungu haritu habis dah ke awak? Kejap sangat undurkan dirinya, dah makan ubat belum?
"Kata nak buang semua media sosial. Awak menipu," kata netizen di ruangan komen.
Pada masa sama ada juga yang memberi sokongan kepada Aliff dan memuji sikap usahawan tersebut kerana tidak terkesan dengan kecaman masyarakat.
"Hebat. Datuk orang paling kalis kecaman sanggup buat apa saja dekat Malaysia ini. Maruah mana maruah, apa ada maruah yang penting masyuk ya Datuk," jelasnya.
Sebelum ini Aliff menerusi akaun media sosialnya membuat pengumumkan untuk mengundurkan diri sambil menangis dan memohon maaf atas apa yang telah berlaku.
ARTIKEL BERKAITAN:
- “Macam pelakon lucah!” – Netizen kecam aksi ghairah Aliff Syukri & Baby Shima
- Tarian itu satu senaman, kata Baby Shima selepas tular aksi ghairah
- Aliff Syukri mengaku sakit mental, menangis minta maaf, umum akan tinggalkan media sosial
- Aliff Syukri kantoi tipu alami sakit mental, guna gambar pil lama milik orang lain
- Diperlakukan seperti lembu oleh Aliff Syukri, Kak Long 7E tampil luahkan segalanya
- Tak jadi undur diri, Aliff Syukri kembali video menari dengan batang mop
- ”Maaf suara saya terlalu sedap untuk disimpan” – Aliff Syukri tetap lancar lagu dangdut dengan Baby Shima
- “Mesti ramai like daripada unlike” – Baby Shima yakin MV bersama Aliff Syukri bakal disukai ramai
- “Trending di Youtube, terimalah hakikat saya penyanyi no. 1” – Aliff Syukri
Join our Telegram Channel