PETALING JAYA: Polis mengesahkan perbicaraan pendakwah selebriti Ebit Lew yang berdepan 11 pertuduhan gangguan seksual akan berlangsung akhir bulan depan.
Dalam kenyataan ringkas, Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman, Skandaguru Anandan, berkata perbicaraan ditetapkan pada 27 hingga 30 Sept di Mahkamah Majistret di Tenom, Sabah.
Ebit didakwa di Mahkamah Majistret Tenom pada Februari.
Beliau sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan berkenaan.
Jika sabit kesalahan, pendakwah berusia 37 tahun itu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Polis menyiasat Ebit berikutan laporan dibuat beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu telah melakukan gangguan seksual.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Video mirip Ebit Lew beraksi tak senonoh atas katil tular
- Polis akan siasat penularan video lucah mirip Ebit Lew
- Kami tak terlibat dengan Ebit Lew, kata wakil Dr Fadzilah Kamsah
- Gangguan Seksual: Ebit Lew dipanggil ke Bukit Aman?
- Ini satu fitnah yang sangat kejam – Ebit Lew
- Saya maafkan sesiapa cuba jatuhkan saya – Ebit Lew
- Gangguan seksual: Siasatan ke atas Ebit Lew diteruskan hingga polis puas hati
- PANAS: Polis serbu rumah Ustaz Ebit Lew
- Kita tak boleh dedah berapa banyak laporan ke atas Ebit Lew diterima – Polis
- Mangsa gangguan seksual Ebit Lew sudah dirakam keterangan
- PANAS: Mangsa dedah bukti mesej lucah dikatakan dari Ustaz Ebit Lew
- PU Syed cabar Ebit Lew nafi atau saman jika mesej lucah itu fitnah
- Sesuatu yang besar bakal berlaku sehari dua ini – Firdaus Wong
- Tak sanggup tengok video mirip Ebit Lew
- Bukit Aman panggil Ebit Lew, isteri kes gangguan seksual
- Satu lagi kertas siasatan gangguan seksual libatkan Ebit Lew
Join our Telegram Channel