Remaja 17 tahun bunuh ibu bapa campak bawah jambatan kerana percaya bomoh



Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah ditahan polis selepas disyaki mencekik ibu bapanya hingga mati sebelum melemparkan mayat mereka ke bawah jambatan sungai Mahanadi di wilayah Saria, India.

Memetik laporan Wionews, suspek dipercayai bertindak sedemikian selepas mendapat saranan daripada seorang bomoh demi menyembuhkan abangnya yang sakit mental.

Difahamkan, pembunuhan tersebut melibatkan beberapa lagi orang individu yang merupakan saudara-mara suspek.


Menurut pegawai polis tempatan iaitu Abhisek Meena, sehingga kini, seramai tujuh individu termasuk suspek telah ditahan bagi membantu siasatan manakala seorang lagi tertuduh masih bebas.

Menurut sumber, motif pembunuhan pasangan suami isteri berusia 40 dan 35 tahun itu terbongkar selepas pihak polis menjalankan sesi soal siasat terhadap remaja terbabit.

Suspek mendakwa kematian ibu bapanya itu merupakan sebahagian daripada sihir.

Tambah suspek lagi, bomoh terbabit mendakwa penyakit mental yang dialami abangnya sejak sebulan lalu berpunca daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh si ibu.


Oleh hal demikian, bomoh terbabit menasihati dan menyarankan suspek untuk membunuh ibu bapanya demi kesembuhan si abang.

Bomoh terbabit memberitahu bahawa tindakan tersebut merupakan salah satu pengorbanan untuk memperbaiki keadaan kewangan mereka.

Suspek mendakwa saudara-mara dan rakan subahat telah membantunya untuk melakukan pembunuhan itu.

Pihak polis kini giat menjalankan siasatan bagi menjejaki seorang lagi tertuduh yang masih bebas. – wionews


Join our Telegram Channel
Telegram