Saya tak nak cakap banyak, nanti kita ramai-ramai kena tangkap – Azalina



KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said mencabar agar Parlimen segera dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan.

Menurutnya, pelbagai tekanan dibuat terhadap UMNO ketika ini termasuk membabitkan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ada pihak yang takut dengan kemaraan parti itu.

"Nak tukar peguam tak boleh. Kata kuat sangat, takkan takut? Kalau betul-betul berani, kita lawan.


"Hari ini kita tarik 'handbrake', lawan tetap lawan. Takkan masukkan bossku dalam penjara sebab nak menang?" katanya pada sesi Taklimat Khas Presiden UMNO yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia pada Sabtu.

"Saya tak nak cakap banyak-banyak, nanti kita-ramai-ramai kena tangkap" seloroh Azalina. – Awani




Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram