Kalau Terengganu kalah aku bogel lari dalam stadium



Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membuktikan kejaguhan apabila muncul juara Piala FA Malaysia 2022 selepas berjaya menundukkan Terengganu 3-1 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kejayaan manis yang dicapai itu telah mengulangi pencapaian pada edisi 2016 di mana JDT muncul juara selepas menundukkan PKNS FC.

Beraksi di atas permukaan padang yang baik, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan pantas tetapi JDT dilihat lebih banyak mengancam kubu Terengganu.


Terengganu yang cuba untuk memberikan saingan berjaya merapatkan defisit jaringan pada minit ke-75 menerusi Kipre selepas percubaannya dalam kawasan penalti terkena muka Farizal Marlias lalu bola masuk ke dalam gawang gol.

Kegembiraan penyokong Terengganu itu bagaimanapun hanya mampu bertahan selama tiga minit apabila Bergson menambah satu lagi jaringan ketika situasi kelam-kabut berikutan tindakan Rahadiazli keluar daripada posisinya.

Kedudukan 3-1 itu kekal hingga wisel penamat ditiupkan pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin untuk mengesahkan ‘pesta bunga api’ bakal sekali lagi diadakan di Johor Bahru.


Sementara itu netizen mula menuntut janji seorang penyokong Terengganu yang membuat cabaran untuk berlari bogel di dalam stadium sekiranya Terengganu kalah kepada Johor.

Sehingga ke saat ini masih tidak diketahui samada pemuda itu telah menunaikan janjinya atau pun belum. – cinca.news



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram