PETALING JAYA: Lapan individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki
terlibat dalam kes rogol seorang pelajar tingkatan dua di sebuah rumah di
Segamat, Johor pertengahan bulan ini.
Ketua Polis Segamat, Ahmad Zamry Marinsah, berkata tangkapan dibuat susulan
laporan polis dibuat oleh ibu mangsa, 24 Sept lalu.
Beliau berkata, polis menerima laporan dibuat seorang wanita mendakwa anak
perempuannya berusia 14 tahun dirogol oleh lapan lelaki dikenali.
“Siasatan awal mendapati, pada 17 Sept antara 12.30 tengah malam sehingga 5
pagi, mangsa dibawa oleh rakan perempuannya ke sebuah rumah di sekitar
daerah ini sebelum dirogol lapan lelaki itu.
“Bertindak atas maklumat itu, polis berjaya menahan lapan lelaki termasuk
rakan wanita mangsa pada 25 Sept, ” katanya menurut Kosmo.
Zamry berkata, mangsa kemudian dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital
Daerah Segamat (HDS).
“Suspek sebahagiannya adalah pelajar berusia 14 sehingga 26 tahun direman
tujuh hari bermula semalam sehingga 2 Okt bagi membantu siasatan mengikut
Seksyen 376B,” katanya. – FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel