Klang: Polis menahan lima lelaki tempatan termasuk pelajar yang disyaki
terbabit kes rogol seorang pelajar perempuan tingkatan dua dalam dua
tangkapan berasingan sekitar Klang, semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata,
tangkapan dibuat susulan laporan polis dibuat oleh ibu mangsa kira-kira jam
8.52 malam, Ahad lalu.
"Polis menerima satu laporan polis yang dibuat oleh seorang perempuan yang
mendakwa anak perempuannya yang berumur 14 tahun dirogol oleh lima lelaki
yang baru dikenali.
"Siasatan awal polis mendapati pada 12 Ogos kira-kira jam 8 malam, mangsa
dibawa oleh rakan perempuan pergi ke rumah rakannya itu.
"Ketika di rumah itu, mangsa dirogol oleh abang rakannya itu bersama-sama
dengan empat kawannya.
"Bertindak dari maklumat itu, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah
(JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara berjaya membuat tangkapan
terhadap kelima-lima suspek, kira-kira jam 1 pagi semalam," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelupusan Barang
Kes Kontraban, Bitcoin, Perjudian, Barang Am/Berharga di Balai Polis Kapar,
di sini, hari ini.
Turut hadir menyaksikan pelupusan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Selangor, Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib.
Vijaya Rao turut mengulas ketika ditanya mengapa laporan polis dibuat
selepas kira-kira sebulan kejadian berlaku.
"Siasatan mendapati, pada mulanya mangsa enggan memberitahu keluarga
mengenai kejadian itu bagaimanapun, perkara itu diketahui abang mangsa
menyebabkan laporan dibuat.
"Jadi, kita tangkap kelima-lima suspek
berusia 16 hingga 21 tahun itu termasuk rakan perempuan untuk diambil
keterangan," katanya.
Beliau berkata, polis juga mendapat kebenaran reman selama lima hari mulai
semalam hingga 23 September dari Mahkamah Majistret Klang bagi membolehkan
siasatan ke atas saspek dapat dijalankan.
"Hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap semua tangkapan sudah
dibuat dan didapati keputusannya adalah negatif.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 375 ( B ) Kanun Keseksaan iaitu rogol
berkumpulan yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan
tidak melebihi 30 tahun," katanya.
Sementara itu, katanya, pelupusan barang kes membabitkan jumlah keseluruhan
263 kertas siasatan
"Sebanyak 547 barang kes perjudian (182 kertas siasatan), 855 barang kes
kontraban (3 kertas siasatan), 2,438 barang kes am (76 kertas siasatan), 445
barang kes bitcoin (2 kertas siasatan) dan barang berharga iaitu wang tunai
RM 58,568 (274 kertas siasatan) dirampas polis.
"Semua barang kes ini dilupuskan selari dengan Akta Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)," katanya. – Hmetro
ARTIKEL BERKAITAN:
- Imam didakwa rogol, liwat adik ipar
- 2 sahabat dipenjara rompak bersenjata, paksa mangsa lakukan oral seks
- Isteri enggan layan kehendak seks, lelaki tergamak lepaskan nafsu rogol adik ipar dan adik sendiri
- Remaja 14 tahun dirogol abang rakan, 4 lelaki lagi
- Tertangkap ceroboh asrama perempuan, buka seluar pelajar perempuan ketika tidur
Join our Telegram Channel