Surat bocor Ismail-Muhyiddin: Nak tahu surat itu sahih atau tak, kenapa tak tanya Raja Petra? kata Hamzah



PETALING JAYA: Hamzah Zainudin menepis pertanyaan mengenai kesahihan perjanjian didakwa antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang dibocorkan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

Menurut dokumen yang dibocorkan itu, perdana menteri didakwa bersetuju untuk menyegerakan kes bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah jenayah.

“Nak tahu surat itu sahih atau tak? Kenapa tak tanya Raja Petra? Beliau yang bocorkan surat itu,” kata setiausaha agung PN itu apabila ditanya pemberita mengenai kesahihan surat itu.


Salinan surat itu, yang tersebar pada Julai, mengandungi 10 perkara, namun perkara 7, 8, dan 9 telah disunting.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam baru-baru menerima kecaman apabila menyiarkan video di Facebook di mana beliau mendedahkan kandungan yang didakwa bagi perkara-perkara yang disunting dari surat itu.

Beliau turut mendakwa, berdasarkan surat itu, Ismail bersetuju mengekalkan Idrus Harun sebagai peguam negara

Idrus dilantik sebagai peguam negara apabila Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan. – FMT



Join our Telegram Channel
Telegram