Abang Viva kahwin tak undang ibu bapa, keluarga berkecil hati



PETALING JAYA – Azwan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Abang Viva’ didakwa tidak mengundang kedua ibu bapa dan keluarganya ke majlis perkahwinannya, hari ini.

Menerusi perkongsian oleh Fauziyah Omar di akaun Facebook miliknya yang dipercayai kakak kepada Abang Viva mendakwa adiknya itu telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan mereka sekeluarga.

“Kepada sesiapa yang bertanya, ya betul insan ini telah bertunang dan berkahwin dengan pilihan hatinya tanpa pengetahuan kami, tanpa pengetahuan emak dan ayahnya yang masih ada di dunia ini.


“Kata pengantin lelaki, dia perlu menjaga nama baik dia, mungkin nama kami dan rupa kami tidak setaraf dengan mereka.

“Emak dan ayah serta anak-anak buah saya tidak layak untuk duduk sama tinggi dengan mereka. Hanya beban yang akan menyusahkan dan penghalang kepada kebahagiaan mereka,” tulis Fauziyah.

Dalam pada itu, Fauziyah menyeru kepada semua netizen agar berhenti bercakap atau bertanya apa-apa mengenai dia (Azwan Omar) kepada ibu dan ayahnya.

“Cukuplah dengan apa yang emak dan ayah saya tanggung kesan daripada perbuatan mereka. Cukuplah air mata yang telah jatuh di pipi emak dan ayah saya yang sudah tua.


“Jangan tambah derita yang ada.Berilah peluang kepada emak dan ayah saya untuk bahagia di usia senja mereka,” tulis Fauziyah di Facebook miliknya.

Susulan itu, hantaran tersebut telah dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen. Rata-rata netizen terkejut dan meninggalkan pelbagai reaksi terhadap hantaran tersebut.

Terdahulu, Abang Viva mencuri perhatian rakyat Malaysia kerana semangat dan usahanya untuk membantu mangsa banjir di Selangor meskipun hanya berbekalkan RM50. – Kosmo


Berikut adalah hantaran lanjut kakak Abang Viva,

Baiklah.. atas permintaan tuan punya badan dan isterinya meminta sy turunkan posting, maka diturutkan.

Mulanya sy nak mereka minta maaf kepada mak ayah sy dulu sebelum sy turunkan post. Tapi apa bezanya sy dan mereka jika sy meletakkan syarat begitu. Nampak sgt sy pun lebih nak femes.

Ingin sy tegaskan disini, posting tersebut bukan membuka aib keluarga. Tapi utk pemakluman kepada golongan netizen yg dtg rumah tak tentu masa mengganggu ketenteraman mak ayah sy tanpa mengira waktu.. Dlm posting tu saya mohon kepada semua tolong jangan tanya dan ganggu mak ayah sy. Itu shaja. Salah ke sy sebagai seorang anak menjalankan tanggungjawab sy menjaga hati dan perasaan org tua sy? Permintaan seorang anak itu dikira membuka AIB? Bagaimana dgn aib mak ayah sy?


Mak ayah sy diserang bertalu2 dari pihak keluarga, kenalan, malah dari org yg tak dikenali sejak dari berita pernikahan mereka. Org tanya kenapa tak jemput mereka, kenapa nak rahsia, tak kurang juga ada yg dah pulaukan pun mak ayah sy sbb katanya dah kaya lupa saudara.

Hati anak mana yg sanggup tengok keadaan mak ayahnya yg jatuh terduduk selepas tau berita itu? Hati anak mana yg kuat?

Mak ayah sy hingga perlu mendapatkan rawatan pakar. Ada yg tanya?

Netizen, semoga kamu dan keluarga kamu dijauhkan dari dugaan yg begini.

Kalau sy nak membuka aib.. bukan begini.. saya jauh dari keluarga atas sebab apa? Hanya org yg kenal sy dan keluarga yg tahu apa kami lalui. Apa yg berlaku. Tak semua benda perlu diviralkan dan buat live utk org tahu. Tapi disebab kan isu ini bermula dgn kuasa viral, kuasa publisiti, maka sy gunakan saluran yg sama utk membersihkan nama mak dan ayah saya.




















Join our Telegram Channel
Telegram