Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan dia berkahwin dengan Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.
"Saya nak beritahu bahawa dalam tempoh 10 tahun ataupun 15 tahun sebelum ini saya tidak pernah mendirikan rumah tangga dengan sesiapa saja.
"Sejak 10 tahun itu dua kali pilihan raya, 15 tahun itu tiga kali (pilihan raya). Saya tak pernah mendirikan rumah tangga dengan siapa-siapa saja,” kata Takiyuddin seperti dilaporkan Awani semalam.
Sebelum ini portal berita itu turut melaporkan menteri tenaga dan sumber asli itu berteka-teki mengenai status perkahwinannya dengan seorang ahli politik dari Selangor.
Takiyuddin berkata, isteri beliau merupakan seorang pengundi di Malaysia.
Join our Telegram Channel