PETALING JAYA: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dijangka membuat satu
pengumuman penting esok, terdapat spekulasi ia berkaitan pembubaran Parlimen.
Sekiranya Parlimen dibubarkan esok, sembilan bulan sebelum penggalnya tamat,
pilihan raya umum kemungkinan diadakan pada minggu pertama Nov, berdasarkan
amalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya umum 2013 dan 2018.
Ismail dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad
Shah hari ini untuk mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Parlimen.
Satu sumber peringkat tinggi kerajaan yang dihubungi FMT berkata, beliau tidak
boleh mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan itu.
Bagaimanapun sumber itu memberitahu,”Saya percaya ada satu pengumuman penting
dari perdana menteri esok (hari ini),”.
Katanya, surat jemputan kepada media berhubung pengumuman itu akan dikeluarkan
beberapa jam lagi.
Terdahulu, New Straits Times melaporkan, Ismail menghadap Yang di-Pertuan
Agong pada tengah hari ini untuk mendapat perkenan bagi membubarkan Parlimen.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel