Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi mengucapkan selamat datang kepada
Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ke "kluster mahkamah".
Dalam kenyataan sindiran yang dimuat naik di Facebooknya, Puad turut
mempersoalkan sama ada bekas ketua Pemuda Bersatu itu akan bertanding pada
pilihan raya umum ke-15 (PRU15), selepas mahkamah mengarahkannya membela diri
berhubung empat pertuduhan jenayah yang dikaitkan dengan RM1.12 juta dana
parti.
"Sudah tentu Syed Saddiq kata itu adalah pendakwaan terpilih oleh kerajaan
Muhyiddin. Apakah dia akan bertanding di PRU ke-15 ini atau membersihkan
namanya terlebih dahulu?" soal Puad.
Kenyataan itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam
bahawa Syed Saddiq perlu membela diri atas empat pertuduhan jenayah yang
dikaitkan dengan RM1.12 juta dana parti.
Ini selepas pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap penyandang
parlimen Muar itu.
Join our Telegram Channel