Dr M sedih UMNO gugur orang lama



BANGI – Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa kecewa dengan pengguguran beberapa orang lama dalam UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15).

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, ia menggambarkan bahawa mereka yang digugurkan itu bukan orang pilihan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya sedih melihat orang lama pemimpin UMNO yang sudah memimpin UMNO selama lapan kali tetapi digugur dan diganti orang tidak dikenali, saya sedih melihat mereka seperti (Datuk Seri) Shahidan, (Tan Sri) Annuar Musa dan beberapa lagi yang lain termasuk (Datuk Seri) Tajuddin.


“Mereka digugurkan kerana saya berpendapat mereka bukanlah orang Presiden UMNO.

“Presiden nak orang dia jadi calon tetapi bagi kita masalah ini tak timbul walaupun ada kecewa tak jadi calon tapi taklah tindakan dibuat gugur sesiapa,” katanya dalam ucapan pengumuman calon GTA pada PRU15 di Pusat Konvensyen Bangi, di sini, hari ini. – MG

Lagi menyusul…

 

Join our Telegram Channel
Telegram