Netizen dedah Invoke Rafizi dibiayai NED



RAMAI yang mula memerhati syarikat Invoke setelah Rafizi membuat deklarasi aset tinggi yang amat mengejutkan serta penjelasan selanjutnya yang tidak menyakinkan malah meragukan.

Dia kata nilai aset bersih dia naik mendadak pada tahun ini sebab nilai syarikat Invoke yang rugi memanjang telah naik mendadak sehingga bernilai RM105 juta.

Dia turut mendedahkan bahawa kenaikan nilai aset mengejut adalah susulan Invoke menerima pelaburan yang amat besar sekitar RM20 juta pada tahun ini – menyebabkan nilai aset Invoke naik mendadak dari defisit tahun lepas ke positif RM19 juta tahun ini biarpun sales revenue Invoke agak rendah sekitar RM4 juta ke RM6 juta setahun sahaja bagi tahun-tahun lepas.

Biar pun Rafizi nak bandingkan syarikat dia dengan syarikat seperti Grab atau Facebook namun realitinya ialah syarikat dia hanya sekadar syarikat yang memberi khidmat online marketing biasa-biasa sahaja yang kurang ‘scalable’ sebab banyak bergantung kepada tenaga kerja.


Ini menyebabkan ramai netizen mula menyiasat syarikat Invoke secara mendalam.

Netizens mendapati bahawa antara pelabur terbesar ialah sebuah syarikat yang dinamakan “Invoke Partners Ltd (Taiwan)” yang sukar dikesan.

Netizens turut kesan bahawa satu daripada tiga orang ahli lembaga pengarah yang juga pemilik saham Invoke ialah seorang yang bernama Andrew Claster.

Mr Claster ini adalah salah satu pengarah utama kempen pilihan raya parti Demokrat Amerika Syarikat.

Ianya adalah pengetahuan umum bahawa parti PH disokong kuat oleh Amerika Syarikat.

Presiden bagi agensi NED (yang dipisahkan dari CIA) Amerika Syarikat juga pernah menamakan Anwar sebagai antara rakan utama agensi tersebut pada tahun 2019.


Selepas PRU14, presiden agensi IRI Amerika Syarikat juga pernah mendedahkan bahawa mereka sudah lama menyokong dan membantu PH, kemenangan PH telah menyekat negara China dan presiden tersebut pernah melawat Jabatan Perdana Menteri secara senyap sebaik sahaja PH menang PRU14.

“August 2018: Republican-linked group: ‘Long game’ with M’sian opposition paid off”

Sebab itu, ramai netizens syaki bahawa peningkatan nilai aset susulan pelaburan besar ke dalam Invoke mungkin merupakan satu usaha bagi pengaliran dana politik asing serta pengubahan wang haram (AMLA).

Ada juga yang syak bahawa dana derma yang dikutip dari orang awam turut digunakan bagi tujuan komersial Invoke.

Maka SPRM pun mengambil tindakan setelah beberapa orang membuat laporan terhadap Invoke.

– Najib Razak










Join our Telegram Channel
Telegram