PN pertimbang kerajaan perpaduan dengan ‘parti sehaluan’ – Hamzah



Perikatan Nasional (PN) hari ini bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan.

Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin berkata ia adalah demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara.


"Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi PN telah membincangkan mengenai cadangan pembentukan kerajaan perpaduan di peringkat persekutuan.

"Selaras dengan itu, mesyuarat bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan yang melibatkan perbincangan dengan parti-parti yang sehaluan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan negara," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram