#PRU15: Abdul Hadi dahului di Parlimen Marang



MARANG – Calon Perikatan Nasional (PN) , Tan Sri Abdul Hadi Awang kini mendahului empat calon lain di Parlimen Marang dengan majoriti 2,149 undi.

Setakat pukul 8. 10 malam, Abdul Hadi mendapat 4, 396 undi daripada 15 peti undi sudah diterima.


Calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman pula menerima 2,247 undi, calon Pakatan Harapan (PH), Azhar Ab. Shukur (168 undi) dan calon Parti Pejuang Tanah Air, Dr. Zarawi Sulong (42 undi).

Pusat Penjumlahan Undi Parlimen Marang bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan di Dewan Majlis Daerah Marang, di sini. – Kosmo



Join our Telegram Channel
Telegram