#PRU15: Azmin Ali ketinggalan di Gombak



PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketinggalan di Parlimen Gombak apabila meraih 8,157 undi setakat 8.30 malam ini

Calon Perikatan Nasional (PN) itu jauh ditinggalkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang meraih 12,687 undi.

Calon Barisan Nasional (BN), Megat Zulkarnain Omardin meraih 5,220 undi manakala calon Pejuang, Aziz Jamaludin Mhd. Tahir meraih 401 undi dan calon Bebas, Zulkifli Ahmad mencatatkan 92 undi. – Utusan



Join our Telegram Channel
Telegram