Umno Terengganu akan lapor SPRM untuk siasat sumber kewangan PN sepanjang #PRU15



Kuala Terengganu: Umno Terengganu akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat bagi menyiasat sumber kewangan Perikatan Nasional (PN) sepanjang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Said berkata, PN di Terengganu didakwa membelanjakan wang yang banyak ketika PRU-15.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Terengganu berkata, laporan akan dibuat pihaknya bagi meminta SPRM menyiasat sumber kewangan parti berkenaan.


"Jadi kita minta SPRM siasatlah dari mana punca kewangan yang begitu banyak

"(Setakat hari ini) kita masih belum buat laporan kerana saya masih berada di Kuala Lumpur dan Insya-Allah, dalam sehari dua lagi, kita akan buat laporan kepada SPRM," katanya dihubungi hari ini. – Hmetro



Join our Telegram Channel
Telegram