Zaid saran Anwar lantik Zahid sebagai TPM, ini sebabnya…



Zaid Ibrahim mencadangkan Perdana Menteri baharu Anwar Ibrahim agar melantik Presiden Umno sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ini adalah bertujuan untuk menguatkan lagi parti Umno demi survival kerajaan perpaduan untuk jangka masa yang lebih panjang.

Kes mahkamah yang dikenakan kepada Zahid bukanlah alasan yang kuat untuk tidak dilantik sebagai TPM memandangkan tuduhan yang dihadapi mempunyai unsur-unsur politik yang dikenakan oleh kerajaan sebelum ini.


Kita tidak mahu kerajaan perpaduan hanya tahan untuk beberapa bulan sahaja seperti yang berlaku ketika Pilihan Raya ke-14 sebelum ini, katanya.

Dengan melantik Zahid sebagai TPM kedudukan Presiden Umno itu menjadi lebih kuat dan sekaligus menguatkan lagi kedudukan kerajaan perpaduan Pakatan Harapan.

Zaid meminta kepada PM agar mempertimbangkan cadangan beliau agar kestabilan di dalam negara benar-benar dapat dicapai dan beliau juga boleh fokus menguruskan negara dengan kurangnya kekacauan sesama pemimpin politik. – cinca.news

Tonton video di bawah:







Join our Telegram Channel
Telegram