Anwar umum senarai ahli kabinet petang ini



Anwar Ibrahim mengesahkan dia akan mendedahkan senarai kabinet baru yang ditunggu-tunggu ramai.

Berucap di majlis jamuan Kenduri Rakyat di Tambun, Perak, perdana menteri berkata, pengumuman itu dibuat selepas senarai berkenaan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad.


"Saya buat keputusan persembahkan (senarai anggota kabinet) kepada Tuanku dan Insya-Allah saya akan umumkan barisan menteri pada petang ini," kata Anwar.

Ahli parlimen Tambun itu menjelaskan biasanya jika ada pengumuman penting sebegitu dia tidak akan keluar Putrajaya bagi memberi tumpuan kepada hal-hal berkaitan.

Bagaimanapun, tambah Anwar, dia tidak dapat mengetepikan "panggilan orang Tambun dan orang Perak" yang menunggunya di majlis tersebut.enam timbalan menteri. – Mkini


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram