KECOH: Pakai baju PN, kotor, jijik tukang masak biarkan anak kencing di dapur, pegang anu tak cuci tangan terus masak



Umum tahu, penyediaan makanan haruslah disediakan dalam keadaan yang bersih serta tidak tercemar dengan sebarang kotoran.

Malah, perkara ini seharusnya dipandang serius buat mereka yang bertugas sebagai tukang masak.

Terbaharu, tular sebuah video menerusi Twitter @Malaysiavirall yang memperlihatkan tindakan seorang tukang masak yang tidak memakai sarung tangan dengan selamba membersihkan dan memegang kemaluan anak dan meneruskan aktiviti memasak.


Lebih mengejutkan orang ramai, anak kecil tersebut dilihat tidak kencing di tandas sebaliknya sekadar kencing di bawah tempat penyediaan makanan.

Tindakan jijik dan kotor ini nampaknya telah mengundang pelbagai kecaman daripada para netizen yang ‘loya tekak’ dengan apa yang diperlihatkan.

Malah, terdapat para netizen yang mendakwa tindakan yang dilakukan seolah menjadi ‘pelaris’ buat kedai tersebut.

Menurut para netizen, kedai ini terletak di Kota Tinggi, Johor.


Malah, pemakaian baju parti politik Perikatan Nasional seolah mengesahkan situasi ini berlaku dalam Malaysia dan bukannya negara seberang.

Sehubungan dengan itu, netizen berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap premis tersebut yang sudah terbukti mengabaikan kebersihan makanan sebelum dihidangkan kepada para pelanggan. – Vocket


ARTIKEL BERKAITAN:



Please subscribe

 



Join our Telegram Channel
Telegram