PN tidak akan mendedahkan senarai penyumbang dana kepada parti tersebut, kata salah seorang pemimpin gabungan berkenaan hari ini.
Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata sebaliknya mereka sentiasa terbuka untuk membahaskan rang undang-undang pembiayaan politik di parlimen.
Kenyataan ahli parlimen Machang itu dibuat ketika PN digambarkan sebagai mungkin menerima dana daripada syarikat pengendali judi menjelang PRU ke-15 lalu.
Dakwaan itu - yang dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 5 Dis lalu - sudah dinafikan beberapa pemimpin PN.
Bahkan parti itu mendesak Anwar atau kerajaan mengemukakan bukti atas dakwaan berkenaan atau berdepan tindakan undang-undang.
“Kami tidak akan mendedahkan senarai itu.
"Tak ada parti politik yang berbuat demikian (membentangkan senarai dana yang diterima) sebelum ini,” kata Wan Ahmad Fayhsal.
Menurutnya lagi mendedahkan kepada awam senarai penyumbang dana itu bukanlah amalan mana-mana parti politik.
ARTIKEL BERKAITA:
- Anwar: Cabutan khas 4D hanya 8 kali setahun mulai 2023, zaman PN 22 kali
- Anwar bayangkan dana pilihan raya PN dari syarikat judi
- Buktikan dana PRU dari judi atau kami saman – Pas
- Takiyuddin jangan gopoh nafi, dokumen ada bersama saya – Anwar
- PN tidak akan dedah identiti penyumbang dana
Join our Telegram Channel