Takiyuddin jangan gopoh nafi, dokumen ada bersama saya – Anwar



PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dinasihatkan agar tidak gopoh mengeluarkan kenyataan penafian berhubung dana perjudian, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menter yang memulakan tugas sebagai Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa berlaku pelanggaran dalam isu berkenaan.

“Saya nak nasihat (Datuk Seri) Takiyuddin jangan gopoh.

“Saya sekarang di Kementerian Kewangan dan ada dokumen bersama saya,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kewangan.


Anwar berkata demikan mengulas kenyataan Takiyuddin yang kesal dengan tuduhan berunsur fitnah yang dikeluarkan Anwar yang membayangkan kononnya dana pilihan raya Perikatan Nasional (PN) datang dari syarikat perjudian.

Dalam pada itu, Anwar berkata kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa wang itu adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank adalah sesuatu yang sudah terlambat.

“Saya nak beri peringatan kepada Muhyiddin jangan cabar kerana memang ternyata ada beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi dan beberapa syarikat berkepentingan atau terkait dengan keluarga juga terlibat.

“Bukan maksud saya, tapi saya nak tumpu perhatian untuk mengurus negara ini memacu pertumbuhan ekonomi dan memberikan kebajikan kepada rakyat.


“Sebaik sabar dan kita terpaksa melihat dan kalau boleh hentikan seperti mana RM7 bilion itu, dan mereka boleh war-warkah tidak bersih,” katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin menegaskan beliau tidak takut untuk disiasat berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak mendakwa beliau menyeleweng dana RM600 bilion.

Muhyiddin menjelaskan tidak mungkin beliau boleh menyeleweng dana tersebut kerana ia adalah wang individu dalam KWSP serta bank yang bukan di bawah kawalannya. – MG


ARTIKEL BERKAITA:

Join our Telegram Channel
Telegram