"Sepanjang hidup, saya teringin ke Makkah" – DJ Khaled ditemani Mike Tyson sebak tunai umrah



LEGENDA sukan tinju, Mike Tyson bersama selebriti terkenal Hollywood, DJ Khaled kini berada di Makkah untuk menunaikan Umrah.

Berita itu dikongsi sendiri oleh DJ Khaled menerusi video terbaharu yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Video itu merakamkan situasi di Makkah dan wajah mereka yang tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.


“Saat saya berjalan di Makkah, air mata saya bercucuran, air mata kegembiraan. Sepanjang hidup saya, saya ingin pergi ke Makkah untuk berdia dan menyatakan rasa syukur kepada Allah.

“Saya berdoa agar dunia dipenuhi dengan lebih banyak rasa cinta, kehidupan, kedamaian, kegembiraan, kebahagiaan, kesihatan dan perlindungan untuk kita semua.

“Allah Maha Besar! Sungguh indah bagi kita semua untuk berada di sini. Berkatilah saudaraku @miketyson,” coretnya. – Gempak



Join our Telegram Channel
Telegram