Shah Rukh Khan tunai umrah



JEDDAH: Pelakon, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) dilaporkan menunaikan umrah apabila beberapa keping gambar dia lengkap berpakaian ihram tersebar di media sosial, semalam.

Dalam gambar yang tular itu, memperlihatkan SRK dikelilingi pengawal keselamatan dengan kawalan ketat semasa berada di Masjidil Haram.

Video berdurasi lima saat juga mengesahkan keberadaan SRK di sana.


Menerusi laman web Hindustan Times, pelakon itu dilaporkan menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem Dunki di Arab Saudi.

Filem tersebut diarahkan oleh Rajkumar Hirani yang dibintangi SRK dan Taapsee Pannu sebagai watak utama. Ia dijangka menjengah pawagam Disember tahun depan.

Dalam perkembangan sama, hero filem Diwale Dulhania Le Jayenge memaklumkan akan menghadiri Festival Filem Antarabangsa Laut Merah di Jeddah. – Utusan


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram