Mayat lelaki hanya berkain sarung ditemukan dalam guni



Klang: Mayat lelaki ditemukan berbungkus dalam guni di tepi Jalan di Jalan Persiaran Aman Perdana 1, Aman Perdana, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, polis menerima panggilan dari orang awam yang menemui mayat terbabit kira-kira jam 6.10 petang semalam.

"Siasatan awal mendapati, mayat ditemukan berbungkus di dalam guni putih dengan keadaan ia mulai mereput.


"Siasatan juga mendapati, mayat lelaki tanpa identiti itu hanya memakai kain sarung berwarna biru tanpa berbaju.

"Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Shah Alam bagi tujuan bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Vijaya Rao berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat You Swee Leong (012-4071452) atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara (03-3291222) atau balai polis berhampiran," katanya. – Hmetro



Join our Telegram Channel
Telegram