KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya kini pada pemilihan parti akan datang.
Bercakap ketika penggulungan pemuda Perhimpunan Agung Umno, Asyraf turut memohon maaf dihadapan perwakilan atas segala kesilapan dan kegagalan sepanjang memimpin sayap itu.
“Saya mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan saya selaku ketua Pemuda Umno.
“Saya mengambil tanggungjawab ini untuk kita pastikan bahtera kita akan kembali kuat dan dinakhoda oleh orang baharu yang boleh membawa idea-idea segar dan baharu,” katanya.
Asyraf yang memegang jawatan tersebut sejak 2018 berkata, beliau sudah melakukan yang terbaik dan meletakkan sepenuh pengorbanan untuk memastikan parti dapat dipulihkan semula.
Pada PRU15 lalu menyaksikan BN mencatat keputusan terburuk dalam sejarah PRU apabila hanya mendapat 30 kerusi daripada 178 kerusi yang ditandingi.
Keputusan itu juga menyaksikan saluran undi orang muda kebanyakannya kalah dan beralih ke parti lain.
Asyraf mendedahkan, selepas menerima keputusan tersebut, dia telah bertemu dengan kepimpinan tertinggi dan menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan bagi mengambil tanggungjawab atas hilangnya undi orang muda.
Bagaimanapun katanya, keputusan itu telah ditolak oleh Presiden Ahmad Zahid Hamidi.
“Sebagai ketua pemuda saya kena ambil tanggungjawab tapi saya ingat (bekas) perdana menteri pun sebut tunggu dulu Asyraf, kita semua kena tengok keadaan sebab kita tak tahu bahtera ni boleh bergerak ke depan atau sebaliknya.
“Presiden cakap tunggulah, pemilihan pun tak lama lagi,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Zahid dedah identiti 10 Ahli Parlimen BN sokong Muhyiddin jadi PM
- 140 ketua bahagian Umno sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertanding
- Dah maafkan, tapi Zahid tetap pantau 10 MP pernah sokong Muhyiddin
- Pemilihan Umno: Asyraf tak pertahan jawatan ketua pemuda
- Segerakan penubuhan Majlis Ulama Umno, kata Zahid
Join our Telegram Channel