Puak UMNO pro PN je yang kecoh jawatan presiden tak dipertandingkan – Isham



KUALA LUMPUR – Puak-puak yang bising mendakwa tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan UMNO nanti adalah dalam kalangan ahli-ahli parti yang pro Perikatan Nasional (PN).

Sedangkan, untuk tidak membenarkan jawatan itu dipertandingkan, UMNO perlu meminda perlembagaan parti, tetapi setakat ini belum ada cadangan untuk berbuat demikian.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil berkata, beliau tak mahu ulas panjang mengenai isu ini, biar perkara ini dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) minggu depan.

“Apa yang saya boleh katakan, isu ini dibangkit dan dimainkan oleh ‘orang’ dalam parti sendiri. Oleh mereka yang pro kepada PN,” katanya pada sesi dialog dalam majlis ramah mesra dan makan tengah hari Ketua Penerangan UMNO di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC) di sini, hari ini.


Sebelum itu, beliau minta pihak berkenaan melihat pemilihan jawatan tertinggi pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Pas dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Soal beliau, adakah tiga parti berkenaan mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden masing-masing?

“Kalau jawatan tertinggi tiga parti ini tidak dipertandingkan, kenapa tidak pertikai? Kenapa bising kepada UMNO sahaja?,” katanya.

Dalam sesi itu juga beliau memuji peranan media yang menjadi penyambung kepada pemimpin politik dalam menyampaikan perkara penting untuk pengetahuan rakyat.


Katanya, pemimpin politik tidak mampu untuk menyampaikan mesejnya secara menyeluruh, melainkan peranan media bagi memastikan perkara itu sampai ke akar umbi.

“Contohnya, ketika kempen PRU15 baru-baru ini, saya bertanding Parlimen Shah Alam dan perlu bersalam dengan lebih 164,000 pengundi.

“Tetapi kerana masa berkempen terlalu singkat, saya tak sempat bersalam dengan semua pengundi.

“Pihak yang menyambung ‘salam’ saya kepada pengundi ialah media. Terima kasih kepada media,” katanya. – MG


ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram