‘Isteri kedua dengar kata, tak pernah keluar kenyataan apa pun’ – Syamsul Yusof



Sebelum ini, pengarah filem, Syamsul Yusof, 39 memberitahu dia akan mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuann (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Terbaru, Syamsul tampil membicarakan semula mengenai tindakan tersebut.


Terlalu banyak perkara tidak benar
 
Menurut Syamsul, dia berkahwin pada 6 Januari 2023 dengan Ira Kazar di Thailand dan mereka telah mendaftar perkahwinan di Malaysia selepas itu. Ujar Syamsul, dakwaan dia sudah berkahwin sebelum tarikh tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Kenyataan yang dikeluarkan semua tidak benar dan ianya satu fitnah. Isteri saya semua kata saya dah kahwin. Oleh sebab itu saya tetap nak saman.

Terlalu banyak perkara lain yang dibangkit oleh Sarah dan tidak benar. Takkan saya nak tunjuk bukti walaupun benda itu betul. Selama ini siapa saja yang mengatakan pasal saya. Saya rasa mereka tak perlu tahu kebenaran itu.


Tambah Syamsul, dia mahu menjernihkan keadaan. Jelasnya lagi, dakwaan Ira Kazar datang ke set penggambaran pun tidak benar.

Saya minta maaf. Isteri kedua saya memang dengar kata saya. Dia tak pernah bawa keluar kenyataan apa pun. Kalau ada pun sikit sahaja. Pasal Ira buat akaun palsu. Sejauh mana kebenaran itu?

Bila kita bicara pasal akaun palsu susah nak buktikan. Ibu saya, ayah saya menganggu. Sekali lagi anda yakin isteri kedua saya yang buat. Bukan saya nak ‘back up’ Ira. Cuma sejauh mana kebenaran. − OhBulan




ARTIKEL BERKAITAN:


Join our Telegram Channel
Telegram