Kalau dalam Umno saya lawan tanding presiden, tapi kalau dalam Pas saya walak – Shahidan



Selepas tampil sebagai ahli parlimen PAS, Shahidan Kassim menegaskan dia tidak berminat sama sekali untuk bertanding sebarang jawatan dalam parti itu.

Sebaliknya kata anggota Parlimen Arau itu, dia mahu menjadi orang (ahli) yang walak (taat) kepada kepimpinan.

"Itu (bertanding) saya tak minat, PAS tahu di mana mereka perlu letakkan saya. PAS letakkan saya sebagai penasihat negara nanti, saya okay," katanya dengan nada berseloroh ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Bharu, di Kota Bharu, Kelantan hari ini.


Dia memberi respons itu ketika ditanya sama ada akan bertanding dalam pemilihan PAS atau tidak selepas menyertai parti itu.

Pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Shahidan yang tidak dicalonkan oleh Umno berjaya mempertahankan kerusi parlimen Arau melalui tiket Perikatan Nasional (PN).

Mengakui kini dia sebagai ahli parlimen PAS, Shahidan berkata dia tiada masalah tidak mempunyai jawatan dalam parti itu.


"Tak ada masalah (tiada jawatan) saya walak sekarang, jangan tanya bertanding. Tapi kalau masih dalam Umno saya nak bertanding (jawatan) presiden sebab bagi saya presiden Umno patut ditukar.

"Dalam PAS saya walak, saya datang untuk sama-sama berjuang dan berjihad mencari keredaan Allah," katanya. – Mkini



Join our Telegram Channel
Telegram