Netizen kecam kerajaan PAS Kedah, roboh gerai penjaja B40 malam Ramadan



CARA yang keterlaluan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ketika ‘membersihkan’ gerai penjaja di Tandop, dikecam orang ramai.

Tular klip video di aplikasi TikTok yang memaparkan beberapa gerai penjaja di kawasan itu “dimusnahkan” pihak MBAS sehingga tiada apa lagi yang tinggal.

Lebih mengecewakan, tindakan penguatkuasa yang merobohkan dengan cara menukul dan ‘menjahanamkan’ gerai penjaja yang tidak dialihkan itu agak keterlaluan.


Klip video itu dimuat naikkan di aplikasi TikTok oleh seorang peniaga air balang yang mengakui terkesan kerana menganggung kerugian RM3,000 hingga RM4,000 disebabkan gerainya dirobohkan.

“Dia bukan kira. Orang berniaga cuma untung RM30 dan RM40. Habis barang-barang depa. Depa nak cari makan macam mana? Ada anak sekolah. Bagilah ruang sedikit. Kedai-kedai habis diroboh,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh mempersoal tindakan MBAS yang meroboh beberapa gerai penjaja di Tandop, Kedah sehingga menyebabkan peniaga menanggung kerugian besar.

Jelasnya, MBAS telah mengeluarkan notis agar peniaga tidak meninggalkan gerai (stall) mereka selepas berniaga pada sebelah pagi mahupun petang, namun ada beberapa peniaga yang tidak mematuhi notis yang dikeluarkan.


“Kita cuma pertikai bagaimana SOP membersihkan kawasan itu. Dia bukan bersihkan pun, dia pergi roboh dan jahanamkan gerai penjaja.

“Menjahanamkan gerai inilah yang saya tak setuju. Bolehkah SOP dia guna tukul sampai berkecai ‘stall’ orang?

“Gerai itu peniaga nak guna untuk berniaga bazar Ramadan. Kalau dah jahanam bagaimana mereka nak berniaga?,” soalnya memetik Harapandaily, hari ini.

Dr Ismail berkata, pihak MBAS melakukan proses perobohan dan menyita gerai yang masih belum dialihkan di kawasan tersebut kerana kawasan itu telah diluluskan sebagai tapak kawasan bazar ramadan.


“Pihak MBAS telah menghantar notis kepada peniaga supaya kosongkan tapak untuk tujuan dijadikan tapak bazar Ramadan. Tetapi ada yang tak simpan gerai kerana mereka difahamkan salah seorang penyewa tapak bazar berkenaan.

“Jadi bila MBAS datang untuk membersihkan petak kawasan yang akan dijadikan bazar, mereka telah merobohkan gerai-gerai yang tidak disimpan. Kita tak kisah kalau mereka nak membersihkan (mengosongkan) kawasan.

“Selepas kejadian itu saya WhatsApp Datuk Bandar, minta dia jelaskan apa yang dah berlaku. Jadi esoknya baru beliau jawab, beliau maklum akan teliti isu berkenaan,” katanya. – Malaysiapost



Please subscribe



Join our Telegram Channel
Telegram