Semua bukan salah dia, Dr M cuma tiang kayu selama 22 tahun jadi PM? − Najib



Tragedi Memali, dia salahkan Musa Hitam.

Pemecatan Lord Presiden Salleh Abas, dia salahkan Abu Talib dan Agong.

HARI INI (terkini):

Tangkapan besar-besaran ISA bawah Ops Lalang, dia salahkan Tun Hanif Omar.

Semua bukan salah dia.

Rupanya dia cuma tiang kayu saja sepanjang 22 tahun dia jadi PM4.

Posting DS Najib adalah berdasarkan daripada hantaran Tun M di bawah:


LALANG (Terjemahan)


1. Ops Lalang berlaku ketika saya sebagai Perdana Menteri. Ia bukan atas arahan saya.

2. Tun Hanif telah jelaskan ianya keputusan yang dibuat polis. (Tonton di sini: https://www.youtube.com/watch?v=9sMEdNYtI0k)


3. Perdana Menteri perlu dengar pandangan polis. Mereka bertanggungjawab atas keselamatan negara. Pandangan dan nasihat mereka tidak boleh ditolak begitu saja.

4. Parti-parti dalam Pakatan Harapan selalu menyalahkan saya disebabkan Ops Lalang. Namun apabila sesuatu menguntungkan objektif mereka, mereka dengan bangga terima saya sebagai rakan dan pilih saya sebagai calon Perdana Menteri mereka.

5. Semasa saya Perdana Menteri keempat, Anwar adakan demonstrasi setiap minggu. Saya tidakpun halang dia.

6. Tetapi sekarang sebagai Perdana Menteri, dia tidak benar langsung orang Melayu bincang masalah yang mereka hadapi.


7. Proklamasi yang ditulis tidak salahkan bangsa lain tentang nasib malang mereka. Ia menyalahkan pemimpin perasuah sahaja. Merekalah pemimpin yang salahguna kuasa, mencuri wang, tidak bantu Melayu selesaikan masalah kemiskinan.

8. Jika kita tidak cari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi Melayu, jadi tidak salah jika dikatakan Kerajaan hari ini mengiyakan kemiskinan dalam kalangan Melayu.

9. Perbuatan berat sebelah terhadap Melayu adalah petunjuk sikap perkauman Kerajaan. Ianya hasutan kerana bertentangan dengan perlembagaan negara kita.

10. Oleh itu pemimpin Kerajaan-lah yang perlu didakwa atas hasutan.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
22 Mac 2023

 

Join our Telegram Channel
Telegram