Shahrizat tewas, Noraini pertahan jawatan Ketua Wanita



Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dijangka mempertahan jawatan sebagai Ketua Wanita Umno selepas menggagalkan kemunculan semula pencabarnya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dalam saingan sengit pemilihan sayap yang berlangsung malam tadi.

BH Online melaporkan berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diterima awal pagi ini, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong itu memperoleh 106 undi daripada 189 bahagian yang terbabit dalam pemilihan di seluruh negara.


Saingan bagi kerusi Ketua Wanita Umno pada pemilihan kali ini, menyaksikan kedua-dua pemimpin terbabit saling kejar mengejar dalam jumlah undi yang diterima mereka daripada peringkat bahagian.

Shahrizat, 70, yang bersara daripada politik selepas 11 tahun menerajui Wanita Umno pada 2018, memutuskan kembali ke gelanggang selepas mendakwa mendapat permintaan daripada kalangan pemimpin akar umbi. – Hmetro



Join our Telegram Channel
Telegram