Wan Ahmad Fayhsal tanggung malu selepas lelaki mengaku jual buah pinggang di Singapura hanya rekaan



Sebelum ini, seorang pengguna TikTok dari Malaysia menggemparkan pengguna media sosial apabila dia berkongsi perkembangannya pergi ke Singapura untuk menjual buah pinggang demi kelangsungan hidup.

Berdasarkan video terkini yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan, beliau berkata beliau tidak menyangka video berkenaan tular dengan hebat di media sosial sehingga isu itu dipetik di parlimen.

Menurutnya, tujuan utama beliau membuat video itu adalah kerana ‘terdesak’ hendakkan wang kerana mahu melangsaikan hutang.


“Jadi, saya buat jalan pintas untuk buat video bertanya siapa mahu beli buah pinggang dan kebetulan video tersebut FYP (For your page di TikTok). 3 hari selepas saya buat video itu, saya dapat panggilan untuk interview kerja di Singapura.

“Jadi saya gunakan rakaman saya di Singapura untuk mendapatkan lagi viewers supaya affiliate yang saya buat akan dapat membantu saya.

“Tetapi affiliate saya itu tak pergi mana pun. Justeru itu, saya mohon maaf kepada kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura kerana menggunakan footage mengatakan ada penjualan organ di sana (Singapura) kerana sebenarnya ia tidak berlaku pun,” terang lelaki tersebut.

Beliau mengakui walaupun hidupnya terdesak, beliau tidak sampai ke tahap mahu menjual buah pinggangnya.


Beliau juga turut meninggalkan pesanan sekiranya masih kuat, perlu sentiasa berdoa dan berusaha kerana Tuhan akan mudahkan urusan kita.

Isu ini yang tular di media sosial turut mendapat perhatian ahli parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di mana beliau berkata rakyat kini sedang ‘susah dan resah’ sehingga ada yang ada jual buah pinggang, merujuk kepada video asal lelaki ini.

Berdasarkan undang-undang di Singapura, jual beli organ adalah tidak sah.

Menurut statistik, lebih 500 pesakit menantikan pembedahan pemindahan organ di Singapura setiap tahun. − Vocket








Join our Telegram Channel
Telegram