KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebak atas doa yang dikirimkan rakyat kepada beliau melalui anaknya, Nooryana Najwa.
Dalam perkongsian di media sosial Ketua Puteri UMNO Lembah Pantai itu berkata, beliau berkesempatan bertemu bapanya dan menyampaikan doa dan salam yang dikirimkan kepada Najib.
“Sebak DSN (Datuk Seri Najib) ketika kami dibenarkan melawat dan memberitahunya. DSN sampaikan salam kepada semua dan penghargaannya.
“Terima kasih kepada semua yang masih setia bersama, kepada semua yang ikhlas mendoakan DSN,” kata Nooryana Najwa.
Menurut Exco Puteri UMNO Malaysia itu, beliau menerima salam dan doa daripada rakyat dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Noryana Najwa berkata, ramai yang berdoa memohon supaya Najib terus bersemangat dan tabah menjalani ujian.
“Beberapa minggu ini kami memenuhi jemputan Aidilfitri dan menghadiri beberapa majlis. Ramai datang bersalaman, minta sampaikan salam dan semangat kepada DSN. Ada yang bersama-sama berdoa untuk DSN, menitis air mata tersentuh hati kami.
“Mengingatkan kami pada satu ungkapan, air mata lebih berharga dari senyuman kerana air mata mengalir ketika hati tersentuh, sedangkan senyuman bukan selalu dari hati,” kata di Facebook.
Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 7 April lalu memaklumkan mereka sebulat suara memutuskan untuk membuat pengampunan diraja untuk Najib.
Ini selepas mahkamah persekutuan dalam keputusan majoriti 4-1 pada 31 Mac menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk menyemak semula sabitannya, termasuk hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah SRC International RM42 juta.
Untuk kesalahan itu, Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun.
“Ada kalanya sahabat disangka teman sejati ke akhir hayat. Ada kalanya saudara dikatakan sentiasa ada tidak kira suka duka. Ada kalanya kenalan dialah yang membantu, dialah yang meringankan beban, dialah yang doakan. Begitulah perjalanan hidup kita di dunia ini, pahit manis dan berliku-liku.
Join our Telegram Channel