PH tak perlu minta maaf gagal tunai janji 100 hari – Wan Azizah



KUALA LUMPUR: Tiada keperluan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meminta maaf kerana tidak dapat melaksanakan 10 janji dalam 100 hari pemerintahan.

“Tidaklah,” kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail di lobi Parlimen hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan telah melaksanakan 2 janji dalam manifesto mereka.

“Sekurang-kurangnya di kementerian, saya sudah buat skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk suri rumah di bawah Program Sukarela Insentif (SURI). Itu saya sudah berjaya mempromosikan dan menjalankan program itu.


“Yang lain itu memanglah, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) memang susah sekali,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga kini dalam melaksanakan janji-janji lain dalam manifesto PH.

“Ia tidak hanya itu (hanya 2) saya rasa lebih dari itu dan yang lain dalam proses,” katanya yang turut mengakui bukan mudah untuk melaksanakan janji-janji tersebut.

“Bukan mudah, kita tidak ada cukup informasi untuk tahu apa sebenarnya untuk selesaikan masalah.” – FMT



Join our Telegram Channel
Telegram