Jadilah seperti babi – Marina DAP



SEORANG ahli wanita DAP menyeru setiap orang supaya mengambil iktibar daripada penciptaan babi bertepatan dengan kedatangan Tahun Baharu Cina yang kali ini jatuh pada tahun babi.

Dengan memberi perumpaan manusia seperti babi, Marina Ibrahim berkata, walaupun haiwan tersebut terkenal dengan sifat buruknya iaitu pemalas, ia juga banyak kegunaan kepada orang lain.

Loading...

“Kita manusia adalah perumpamaan seperti babi. Ada kebaikan dan ada keburukan. Babi sering dikaitkan dengan sifat atau tabiat buruknya yang pemalas. Jangan ambil sikap ini ya.

“Tetapi tahukah anda babi juga adalah haiwan berjasa yang mempunyai banyak kegunaan dari lemak, bulu hingga ke tulang?

Loading...

“Maka jadilah kita seperti babi yang mana kehidupan kita memberikan manfaat kepada setiap orang walaupun apa keadaanya dan keburukan yang ada pada diri kita. Tidak perlu tunggu menjadi baik untuk berbuat baik,” katanya.



Join our Telegram Channel
Telegram