Bukan saya seorang je yang panjat pagar – Syed Saddiq



KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan bukan beliau seorang sahaja memanjat pagar dalam insiden insiden provokasi pada perjumpaan sayap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu pada malam Jumaat lalu.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, tindakan itu turut diikuti oleh Exco Kerajaan Johor, Mazlan Bujang dan Exco Kerajaan Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen.

Menurut beliau, mereka terpaksa berbuat demikian kerana hanya itu sahaja jalan untuk keluar daripada bertembung dengan kumpulan seramai 200 orang itu.

“Kumpulan itu datang secara tiba-tiba dan kami ada memaklum kepada pihak polis untuk menyuruh mereka bersurai.


Loading...

“Namun jumlah mereka terlalu ramai dan mula menjerit-jerit serta menggesa saya meminta maaf.

“Saya tidak punya pilihan untuk melepaskan diri kerana hanya ada satu jalan sahaja yang menyebabkan kami akan bertembung.

“Jadi, bukan saya seorang tetapi turut sama adalah Mazlan dan Rafiq,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis Luncheon Talk sempena Program Malaysia Future Leader School Tier 3 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulaskan tindakannya dalam insiden tersebut sehingga terpaksa memanjat pagar untuk melepaskan diri.


Loading...

Mengulas tindakan Pergerakan Pemuda UMNO yang membuat laporan ke atas dirinya kerana menuduh mereka dalang dalam insiden itu, Syed Saddiq mengalu-alukannya parti pembangkang itu menyamannya.

Tegas beliau, dakwaan itu dibuat selepas mendengar taklimat dan mendapat maklumat daripada pihak polis selepas kejadian itu berlaku.

“Saya pun tidak tahu apa yang berlaku kerana kumpulan yang besar itu berkeras menyuruh saya membuat maaf kepada Tunku Mahkota Johor secara video.

“Setahu saya, selama ini saya menghormati Kerabat DiRaja Johor yang merupakan sebahagian Perlembagaan negara,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia tinggalkan mak dia ke?" – Najib



Join our Telegram Channel
Telegram