DUNGUN: Suspek kes tetak seorang buruh ladang di Dungun pada Rabu mendakwa dia boleh berkomunikasi dengan Tuhan serta melihat makhluk halus.
Menurut isteri mangsa, Rosnah Muhamed, 34, suspek menceritakan perkara tersebut sebelum bertindak menetak bahagian leher suaminya yang juga rakan suspek.
Jelasnya, sebelum itu suspek yang bersenjatakan parang datang menghampiri mereka sekeluarga dan kelihatan sangat pelik.
Loading...
"Lepas tu dalam pukul satu, dia beritahu abang (suami) dia boleh cakap dengan Tuhan, boleh nampak dajjal, macam-macam dia kata dia boleh nampak.
"Lepas tu abang pun tanya dia, 'Ada masalah ke? Kalau ada masalah khabar lah (beritahu lah)', tapi dia kata tak ada masalah," kata Rosnah.
Rosnah berkata, bimbang melihat keadaan itu, suaminya meminta supaya mengejutkan kesemua anak mereka dan membawa mereka masuk ke dalam kereta.
Loading...
Bagaimanapun, ketika hendak pulang, suspek meluru ke arah suaminya dan terus melibaskan parang ke arah leher mangsa.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.45 pagi itu menyebabkan mangsa Mohd Zukanain Abd Aziz, 39, maut akibat kecederaan teruk di bahagian leher.
Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, sebelum kejadian, pasangan suami isteri itu yang tinggal di Kampung Cacar Paka bersama lima anak mereka berkunjung ke rumah suspek di kawasan ladang terbabit kira-kira pukul 8 malam Selasa.
Loading...
Sebaik selesai menikmati makan malam, suspek yang berusia 29 tahun itu telah ke laman rumah dan menebas belukar berhampiran sekitar kawasan rumah.
Bagaimanapun, selepas selesai menebas, suspek dikatakan meluru ke arah mangsa dengan memegang sebilah parang. – Astro Awani
Join our Telegram Channel