Kini, dakyah Kristian tiba di Putrajaya



Kumpulan misionari semakin berani menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam di negara ini berikutan tiada lagi pihak yang berdakyah agama itu dikenakan hukuman.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata, kini mereka lebih berani mengedarkan risalah Kristian di Kuarters Kerajaan Presint 15, Putrajaya yang majoriti penduduknya adalah muslim.

Beliau menyifatkan, tindakan mengedarkan risalah di Putrajaya itu seolah-olah mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang terletak di Putrajaya.


Loading...

“Apakah mereka masuk dengan permit mubaligh atau hanya atas visa pelancong biasa? Siapakah dalang tempatan yang menyokong pergerakan ini?

“Insha-Allah kami di Multiracial Reverted Muslims – MRM akan terus menyiasat dan membuat pembongkaran demi pembongkaran pergerakan seperti ini yang mencabar undang-undang negara.

“Alhamdulilah kami telah mendapat respon positif dari beberapa pihak berkuasa agama dalam isu ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.


Loading...

Menerusi akaun Facebook, Firdaus Wong turut memuat naik beberapa gambar yang memaparkan sekeping risalah di peti surat yang dipercayai terletak di Kuarters Kerajaan Presint 15, Putrajaya.

Sebelum ini, beliau mendedahkan wujudnya gerakan Kristianisasi Korea di Malaysia, membabitkan pelajar-pelajar muslim di Cameron Highlands.

Beliau yang juga Presiden MRM turut membongkarkan kewujudan pasangan misionari atau anggota agama dari Amerika Syarikat (AS) dan Singapura menyebarkan agama Kristian kepada umat Islam di Malaysia.


Loading...

Dalam pada itu, Firdaus Wong yakin pihak berwajib akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pergerakan seperti ini yang ‘test water’ mencabar undang-undang negara.

“Sahabat semua, jangan terus lena dibuai mimpi. Ayuh kita perkasakan lagi gerak kerja dakwah! Hubungi institusi agama dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) di tempat anda untuk tawarkan diri berdakwah bersama mereka,” katanya. – Ismaweb

ARTIKEL BERKAITAN: Dakyah Kristian kepada pelajar Muslim di Perak, Cameron Highlands


Loading...




Loading...





Join our Telegram Channel
Telegram