Kos PRU: Ambiga bukan faham ekonomi pun – Najib



Ambiga ini bukan faham ekonomi pun.

Sebenarnya, ekonomi negara akan dirancakkan setiap kali PRU diadakan.

Ini kerana perbelanjaan tempatan akan menaik dan dana akan disuntikkan ke dalam ekonomi tempatan semasa PRU.

Loading...

Wang yang dibelanjakan untuk PRU bukan pergi ke mana pun.

Semua dibelanjakan dalam ekonomi tempatan.

Banyak kes study yang Ambiga boleh kaji.

Ini satu kes dari tahun lepas: Turkey exits recession after election stimulus

Loading...

Sudah tentu Ambiga juga pernah lihat dengan mata sendiri bagaimana ekonomi tempatan dirancakkan setiap kali ada PRK.

Lagipun, sebuah kerajaan yang lebih stabil selepas PRU berbanding kerajaan kucar-kacir nyawa-nyawa ikan sekarang merupakan pendokong paling besar untuk ekonomi negara.

Pelabur dan Rakyat akan lebih yakin dengan kerajaan yang lebih stabil.

Loading...

Nilai Bursa Malaysia sudahpun turun sebanyak RM400 bilion selepas pelabur tak yakin dengan kerajaan PH.

Apakah kos RM500 juta hingga RM800 juta jika dibandingkan dengan RM400 bilion yang sudah pasti dipulihkan dengan kerajaan yang lebih stabil serta kompeten?

Sebab itu, alasan kos PRU dari Ambiga dan Khalid Samad ini adalah langsung tidak sah.

Loading...

P.S. Kenapa kos PRU bawah PH boleh naik 60% dalam tempoh 2 tahun sahaja ke RM800 JUTA (bukan Bilion, ye)?

Tahun 2018 kita buat cuma RM500 juta.

Korang banyak offset-offset lagi ke? – Najib Razak

Loading...



Join our Telegram Channel
Telegram