Laporan polis pertama terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas



MELAKA: Satu laporan polis telah dibuat terhadap Tommy Thomas malam tadi sejurus selepas perletakan jawatannya sebagai peguam negara.

Laporan polis yang dibuat oleh Umno Tangga Batu diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad bersama Gerakan Pembela Ummah Melaka itu mendesak pihak polis untuk menyiasat Tommy dengan pelbagai isu salahguna kuasa serta pendakwaan terpilih yang berniat jahat ketika beliau menjawat tugas sebagai peguam negara.


Loading...

Dakwaan itu termasuklah dengan pembebasan seramai 12 orang yang dikaitkan dengan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang telah dibebaskan baru-baru ini.

Menurut Ali, laporan polis juga dibuat kerana bimbang bekas peguam negara itu akan mengambil kesempatan di dalam suasana politik yang tidak menentu ini untuk cuba melarikan diri ke luar negara.


Loading...

Desakan siasatan juga merangkumi samada Tommy dipengaruhi dengan unsur-unsur pengganas termasuk sokongan yang beliau berikan kepada Ketua Umum Parti Komunis Malaya seperti yang telahpun diketahui umum.

Bekas peguam negara itu juga mendapat kecaman rakyat apabila membebaskan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang sedang dalam perbicaraan kes rasuah sebelum dilantik sebagai Menteri Kewangan sebelum ini.


Loading...

Mohamad Ali yang juga Ketua Umno bahagian Tangga Batu turut mempersoalkan kes rogol pembantu rumah oleh Adun Tronoh yang juga bendahari DAP Perak, Paul Yong Choo Kiong yang dilengah-lengahkan perbicaraannya.

Selain itu, Tommy juga patut disiasat di atas campur tangannya ke atas kes inkues anggota bomba Allayarham Muhammad Adib yang dibunuh oleh di dalam rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariammam, USJ sehingga pembunuhnya terlepas sehingga ke hari ini. – Cinca


Loading...


Please subscribe


ARTIKEL BERKAITAN: TERKINI:

Join our Telegram Channel
Telegram