
Isu pelantikan perdana menteri baru menunjukkan putaran baru apabila calon yang dicadangkan Bersatu, Muhyiddin Yassin, menyanggah Dr Mahathir Mohamad.
Dalam kenyataan ringkas dikeluarkan selepas beliau dan rombongannya keluar dari Istana Negara sebentar tadi, Muhyddin berkata, Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu pada 24 Feb lalu.
Loading...
Justeru, kata bekas timbalan presiden Umno yang kemudian menubuhkan Bersatu itu, jawatan tersebut kini dipangku beliau.
"Menurut Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu, jika pengerusi berhenti atau diberhentikan, maka presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih pengerusi baru," katanya.
Loading...
Kenyataan itu dilihat bercanggah dengan ketetapan dibuat Bersatu sebelum ini yang mengumumkan Mahathir bersetuju untuk dilantik semula sebagai pengerusi parti terbabit.
Ia dibuat beberapa jam selepas Mahathir mengumumkan beliau mendapat sokongan ahli parlimen mencukup untuk dicalonkan sebagai perdana menteri kepada Agong pagi tadi. – Mkini
Loading...
ARTIKEL BERKAITAN:
- Dr Mahathir letak jawatan Perdana Menteri
- Dr M letak jawatan sebagai pengerusi PPBM
- Agong lantik Tun M sebagai PM interim
- Tun M terima semula jawatan Pengerusi Bersatu
- Bersatu, Muafakat Nasional tubuh kerajaan Johor
- Muhyiddin sedia terima UMNO, saya tidak – Mahathir
- PPBM beri sokongan penuh Muhyiddin PM ke-8 walau terima UMNO
- BERSATU sah calon Muhyiddin PM kelapan
- BERSATU. PAS, UMNO gabung, 116 kerusi?
- Muafakat Nasional calonkan Muhyiddin PM-8
- Hanya persepsi, kita tak boleh kata Umno perompak, undang-undang ada – Redzuan
- Syed Saddiq kata tidak akan bekerjasama dengan perasuah
- Tun M, Pakatan Harapan kembali bersama
Join our Telegram Channel