TH: 18hb petik nama Guan Eng, 21hb dah kena dakwa di mahkamah – Najib


Hari in petik nama Guan Eng, esok kena tangkap, lusa kena dakwa dalam mahkamah.

Feb 18: Buat posting.
Feb 21: Dakwa dalam mahkamah.

Sementara itu, kes meeting 4 pagi sambil berjudi masih tunggu keputusan ujian kencing. – Najib Razak

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen hari ini kerana didakwa memuat naik kenyataan ofensif terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung Tabung Haji (TH).

Loading...

Nor Zigan Mohd Tori dari Tanjung Karang, Selangor, didakwa memuat naik kenyataan itu di Facebook pada 18 Feb dengan niat untuk mengancam orang lain.

Dalam kenyataan itu, beliau mengaitkan Lim dengan penjualan aset TH.

Zigan didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia.

Jika disabit kesalahan beliau boleh dijatuhi hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara 1 tahun.

Loading...

Timbalan pendakwa raya Nurul Syahieza Md Hadzaid meminta mahkamah mengenakan ikat jamin RM20,000 ke atas Zigan, tetapi peguam beliau, Sharil Azwan Nizan merayu supaya mahkamah mengenakan jumlah ikat jamin minimum.

Hakim Edwin Paramjothy Michael Muniandy mengenakan ikan jamin RM6,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 30 Mac depan untuk sebutan semula kes.

Loading...

Terdahulu minggu ini, beberapa hantaran di Facebook mendakwa Lim mempengerusikan satu mesyuarat melibatkan TH.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo membidas apa yang disifatkan sebagai intimidasi jenayah terhadap Lim itu dengan berkata, ia merupakan satu perkara serius.

Loading...

Beliau berkata, Lim tidak ada kena-mengena dengan mesyuarat TH kerana dana haji itu merupakan tangggung jawab penuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mujahid Yusof Rawa.

Kenyataan daripada JPM kemudiannya menjelaskan bahawa gambar tular itu diambil semasa lawatan Mujahid dan ketua pengarah serta pegawai bahagian maqasid syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ke Kementerian Kewangan bagi menjelaskan konsep pentadbiran Islam Rahmatan Lil’Alamin pada 18 Feb. – FMT


Join our Telegram Channel
Telegram