Pimpin 4 parti pun gagal, inikan 12 parti



KUALA LUMPUR – Kemelut politik negara yang berpunca daripada runtuhnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah 21 bulan memerintah disebabkan perbalahan kronik dalaman mengenai peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri merupakan suatu yang amat memalukan dalam sejarah politik tanahair.

Kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad mengurus hanya empat parti komponen PH, memperkukuhkan lagi kewajaran untuk tidak diberikan kepercayaan sekali lagi untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.


Loading...

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki berkata, suara rakyat tidak sesekali boleh diketepikan hanya memenuhi hawa nafsu beberapa kerat individu yang rakus untuk berkuasa dan menduduki kerusi Perdana Menteri sehinggakan tercetusnya krisis politik yang memudaratkan negara ketika ini.

“Dasar-dasar dan polisi-polisi Kerajaan PH sebelum ini yang ternyata gagal dalam mensejahterakan rakyat baik dari segi ekonomi, kos sara hidup yang kian meruncing, pentadbiran, kedaulatan undang-undang dan hubungan luar negara, memerlukan mandat baru daripada rakyat.


Loading...

“Kegagalan Kerajaan PH sebelum ini menguruskan isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama, keharmonian antara kaum dan institusi-institusi teras negara termasuk institusi Raja-Raja Melayu, cukup meresahkan rakyat selama 21 bulan PH memerintah,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau mengulas pendirian kepimpinan tertinggi UMNO bersama rakan Muafakat Nasional PAS, dan Barisan Nasional MCA, MIC dan PBRS untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar mempertimbangkan untuk Parlimen dibubarkan.


Loading...

Justeru, katanya, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpendirian betapa perlunya mandat dikembalikan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu dengan barisan kepimpinan negara yang tidak lagi sewenang-wenangnya memperjudikan nasib mereka hanya kerana perebutan ‘takhta’ kerusi Perdana Menteri. – MalaysiaGazette


Loading...


Please subscribe


Loading...

ARTIKEL BERKAITAN:

Join our Telegram Channel
Telegram