Kes Sajat telah dibawa ke pihak berkuasa Arab Saudi – PU Amin



Saya dapat makluman dari rakan rakan petugas umrah Makkah, kes sajat dan kawan-kawannya telah dibawa ke pihak atasan, ke kementerian haji umrah dan kementerian perlancongan.

Dimaklumkan juga ramai petugas umrah di Makkah membuat laporan pada pihak berkuasa. Mereka kata ini jenayah kepada pengurusan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi, benda ini besar kerana lelaki masuk tempat solat wanita.

Ini juga mencemarkan kesucian masjid kata mereka. Saya hanya mendengar rakan rakan petugas berbicara. Risau juga jika ada sekatan atau tindakan kepada jemaah umrah Malaysia yang akan datang. Pelbagai perkara boleh berkait. Semoga Allah memudahkan semua urusan jemaah umrah kali ini.


Loading...

Kata mereka juga ‘Hari ini’ pula visa tourist telah disekat oleh Kerajaan Arab Saudi. Ada kaitan atau tidak wallahualam, kerana ada beberapa negara lain juga disekat visa perlancongan. Bermakna visa pelancong tidak wujud selepas ini selepas diberi kemudahan visa oleh Kerjaan Arab Saudi sebelum ini.

Pihak travel dah maklum awal pada sajat agar ikut gender di sini. Travel juga kata mereka langgar perjanjian. Travel juga dah bagi kursus umrah khas buat mereka. Ini bermakna travel tidak bersalah. Yang melanggar perjanjian itu yang bersalah. Kesian juga travel kena hentam. Semua ustaz-ustaz kita tu.

Menjadi pengajaran kepada kita semua. Semoga Allah membuka jalan kebaikan kepada kita.


Loading...

Sajat dan kawan-kawan pergi umrah tak salah. Umrah harus dan baik buat sajat dan kawan-kawan. Yang salah bila dia langgar perjanjian dan pakai pakaian wanita serta masuk ke kawasan perempuan, bercampur dengan jemaah wanita.

Sebelum ini ramai pondan dan maknyah buat umrah. Tak jadi masalah. Kerana mereka berihram dan masuk solat bersama lelaki. Mereka ikut kaedah dan cara di sini .

Allah dan Rasul Yang Lebih Mengetahui. – PU Amin


Loading...



Loading...



Loading...



Loading...



Loading...


Loading...


Loading...




Join our Telegram Channel
Telegram